FANDOM


Imej bagi Arka Black Oracle
Arka Black Oracle
Info Arka
Bab-bab Manga

1 - kini

Panduan Arka
Sebelumnya
← Tiada
Seterusnya
Tiada →
Senarai Arka Cerita


Kehadiran Yuufa memberikan banyak perubahan kepada Persatuan Peace. Rahsia yang berkaitan Yuufa dan Henry juga banyak dirungkai. Sehinggalah suatu hari Yuufa diculik oleh Black Oracle dibawah arahan Zena. Hal ini menyebabkan masa silam Oggy kembali mengahantuinya. Zena mahu meguasai Linker dengan menyerap kuasa Yuufa.

RumusanSunting

Yuufa baru sahaja sampai di Bandar Syimal bagi mencari Persatuan Peace . Tetapi dia terserempak dengan samseng jalanan. Samseng itu mengugut tetapi sebaliknya dibelasah teruk oleh Yuufa. Yuufa menyambung perjalanan dan sampai di persatuan itu. Cara masuknya yang semberono mendapat perhatian Mahaguru Persatuan itu, Min. Hanya menunjukkan simbol Delva pada sarung tangan Yuufa terus diterima kemasukannya kedalam persatuan itu. Mereka terus mengadakan parti bagi meraikan ahli yang keseratus. Sam yang jatuh hati pada kali pertama terhadap Yuufa menyalah anggap keakraban Yuufa dengan Kean. Oggy yang berbaik dengan Yuufa sebelum ini menarik balik keramahannya kerana kecemburuannya terhadap keakraban Yuufa dengan Kean.[1]

Sam telah dibelasah teruk oleh ahli Black Oracle. Sam dibelasah kerana tidak memberikan Yuufa kepada mereka. Oleh kerana ugutan ini akan melibatkan kesemua ahli persatuan Peace.Setelah mendapat tahu ini adalah kerja Zena, Oggy terus menghilangkan diri. Kean yang faham akan perasaan Oggyterus membawa Yuufa ke Perpustakaan Peace untuk memberikan barang yang ditinggalkan Henry kepada Yuufa. Setelah itu berita penculikan diketahui oleh Min melalui Oggy ketika Min selesai bermensyuarat.[2]

Selepas tiga hari Sky membuat perisikan, dia menjumpai lubuk Zena dan Black Oracle. Kean, Sam dan Oggy pergi melakukan misi menyelamatkan Yuufa. Tiga hari sebelum, Yuufa mula sedar akan dirinya diculik oleh Zena. Zena menyerap kuasanya dan mahu menguasai Linker.[3]

Pasukan Kean meneruskan misi menyelamatkan Yuufa. Mereka diserang hendap oleh ahli-ahli Black Oracle tetapi mereka dapat tanganinya dengan mudah. Mereka memecah masuk kubu Black Oracle dan bertemu dengan Zena. Dia menyatakan dalam masa tiga jam, kuasa Yuufa akan menjadi miliknya.[4]

RujukanSunting

  1. Komik Peace: Bab 1
  2. Komik Peace: Bab 2
  3. Komik Peace: Bab 3
  4. Komik Peace: Bab 4

Navigasi ArkaSunting

Tiada Arka Black Oracle Tiada
Tiada Bab-bab Tiada
1 | 2 | 3 | 4

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak