Fandom

Wiki Peace

Bab 1

34laman di
wiki ini
Add New Page
Ulasan0 Share
Muka depan Bab 1
Bab 1
Tajuk

Peace

Tajuk Inggeris

Peace

Informasi
Arka

Arka Black Oracle

Tarikh Keluaran

22 Oktober 2013

Navigasi
Sebelumnya
Tiada
Seterusnya
Bab 2
Bab
Imej Bab 1

Peace adalah bab pertama dari Peace oleh SNN95 .

Yuufa baru sahaja sampai di Bandar Syimal bagi mencari Persatuan Peace . Tetapi dia terserempak dengan samseng jalanan. Samseng itu mengugut tetapi sebaliknya dibelasah teruk oleh Yuufa. Yuufa menyambung perjalanan dan sampai di persatuan itu. Cara masuknya yang semberono mendapat perhatian Mahaguru Persatuan itu, Min. Hanya menunjukkan simbol Delva pada sarung tangan Yuufa terus diterima kemasukannya kedalam persatuan itu. Mereka terus mengadakan parti bagi meraikan ahli yang keseratus. Sam yang jatuh hati pada kali pertama terhadap Yuufa menyalah anggap keakraban Yuufa dengan Kean. Oggy yang berbaik dengan Yuufa sebelum ini menarik balik keramahannya kerana kecemburuannya terhadap keakraban Yuufa dengan Kean.

RingkasanSunting

Nak lagi.png

Siapa nak lagi?

Yuufa diperkenalkan sebaik sahaja dia tiba disebuah bandar yang bernama Bandar Syimal. Sedang dia mengamati bandar itu, salah seorang daripada tiga orang samseng jalanan memanggilnya. Salah seorang daripada yang dianggap ketua, mula meminta duit sebagai cukai jika mahu melalui kawasan mereka. Sebelum sempat mereka menerima duit cukai daripada Yuufa, Salah seorang daripada mereka tercampak akibat dari sepakan Yuufa.

Yuufa perasan bahawa samseng jalanan inilah yang suka menganggu pengembara ketika melawat bandar ini. Sedang mereka asyik berbual mengenainya, Yuufa terus menyerang seorang lagi dengan sepakan ke dagu, meninggalkan hanya ketua sahaja lagi. Ketua itu terus menyerang Yuufa. Setiap serangan Yuufa mengelak tanpa ragu-ragu. Yuufa menyerang semula dengan sepakan tepat ke muaka ketua itu. Ketua itu sempat menahan dan berundur. Dia cuba menyerang semula tetapi Yuufa sempat menghalang dan menghayungkan sepakan ke dada ketua itu. Ketua itu berguling guling. Yuufa menyuruh dia menyerah diri tetapi tidak diendahkan. Lalu Yuufa menggunakan kuasa Urabinya iaitu Hujan Meteor untuk menamatkan perlawanan ini.

Sebaik sahaja lelaki itu kalah, Yuufa meneruskan perjalanannya untuk ke Persatuan Peace. Cara kemasukannya yang semberono telah menarik perhatian ketua persatuan, Min Sheildheart. Yuufa menunjukkan sarung tangannya yang bersimbol Delva kepada Min lalu mereka berbual panjang. Min terus mengumumkan penerimaan Yuufa ke dalam persatuan. Setelah Yuufa memperkenalkan dirinya kepada ahli-ahli yang lain, mereka semua terkejut kerana dia dari golongan Delva. Eillynn khuatir dengan keputusan kemasukan Yuufa tetapi Min menafikannya dan menganggap janjinya dahulu kepada seseorang sudah ditunaikan.

Riesa mendaftarkan Yuufa kedalam data Peace menggunakan Arkib. Dengan perletakan logo di bahagian dadanya, Yuufa secara rasmi menjadi ahli ke seratus Peace dan parti kecil diadakan untuk meraikan kemasukannya. Setelah didaftarkan, dia disapa oleh Oggy. Yuufa agak terkejut kerana idola yang dia sanjungi berada didepan mata. Dia sangat memuji semua pencapaian Oggy.

Cinta tiga segi.png

Adegan panas cinta tiga segi

Sam bersama yang lain untuk berkenalan dengan Yuufa dan mula angau terhadap Yuufa. Frida perasan akan abangnyadan mula membuat andaian. Kecantikan Yuufa mencuri perhatiannya. Yuufa memandang ke belakang dan Sam mula menganggap Yuufa memandang kearahnya. Sebaik sahaja Yuufa berjalan medekati dan bertanya khabar, Sam mejadi tidak keruan. Tetapi soalan yang ditanyakan oleh Yuufa agak tidak mengenai dengan perhubungan mereka. Soalan itu sebenarnya ditujukan kepada Kean. Sam mula rasa cemburu terhadap hubungan Yuufa dengan Kean. Begitu juga Oggy yang suka akan Kean.

Susunan Watak Mengikut KemunculanSunting

Perlawanan & PeristiwaSunting

Magik, Mentera dan Kelebihan yang digunakanSunting

MagikSunting

MenteraSunting

KelebihanSunting

  • Memanah
  • Tumbuk-menumbuk

AlatanSunting

TriviaSunting

Anda boleh lihat gambar model penuh oleh Oggy di sini:

NavigasiSunting

Tiada Arka Black Oracle Tiada
Tiada Bab-bab Tiada
1 | 2 | 3 | 4

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak