FANDOM


Perlahan-lahan Yuufa tersedar dari pengsannya. “K-korang...” lemah Yuufa bersuara. Kean tidak tahan mendengan suara Yuufa yang lemah itu lalu terus menyerang Zena sambil yang lain mengikuti Kean. Zena sempat menghalang beberapa serangan daripada mereka. Bertalu-talu serangan yang diberi kepada Zena. Tetapi Zena mudah sahaja menghalang dan menyerang balas. Agak teruk kecederaan yang dialami oleh ahli Peace tetapi itu tidak mengahalang mereka untuk terus menyerang.

“K-korang... berhenti... jangan susahakan diri korang... a-aku tak sanggup... a-aku tak nak jadi macam dulu...” Yuufa yang tidak sanggup melihat Kean dan lain-lain diserang, perlahan-lahan memori lamanya terpancar.


Yuufa hidup dalam Kaum Delva dalam keadaan aman. Sampai la satu masa ibu bapanya terpaksa berpisah demi keselamatan mereka. Pada masa itu Yuufa masih lagi dalam kandungan yang berusia 3 bulan. Henry terus hilang tanpa khabar. Yuufa selamat dilahirkan dan ibunya mula berdikari sendiri. Selama lima tahun hidup mereka bahagia semula cuma tidak sebahagia bersama Henry. Hidup mereka sering berpindah randah. Pada masa ini kesihatan ibu Yuufa agak teruk dan seseorang yang pernah ditolong muncul daam hidupnya. Dialah yang banyak menjaga Yuufa. Hidup di tempat baru mengubah perspektif Yuufa terhadap kehidupan dunia. Oleh kerana banyak perkara buruk yang berlaku sejak perpindahannya, dia dianggap pembawa sial oleh masyarakat disitu. Dia hidup dalam persembunyian selama setahun dan ibunya meninggal kerana tiada ubat untuk mengubatinya. Keanlah yang membolehkan dia melihat dunia sekali lagi. Tapi persahabatan mereka tak lama kerana pembantu setianya mahu berpindah atas sebab keselamatan. Dalam 12 tahun seterusnya, dia menjalani kehidupan seperti manusia lain. Kawan ramai, tidak disisihkan. Tetapi sekali lagi “sial”nya kembali. Dia terlihat seseorang yang menjadi dalang dalam kekalutan itu... Rupanya seperti Zena.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak