Fandom

Wiki Peace

Bab 8

34laman di
wiki ini
Add New Page
Ulasan0 Share

Yuufa baru teringat muka yang pernah menghantui hidupnya, Zena.

“Cukup!!! Jangan berlawan lagi!!! Saya menyerah!!! Jangan apa-apakan diorang?!” minta rayu Yuufa kepada Zena. “Aku tak nak sial aku mengambil nyawa korang!!!”

Kean tersenyum lebar lalu berkata, “Sial? Heh! Jangan nak mengarut! Takde sebab sesuatu tu berlaku kalau tak disebabkan oleh sesuatu! Setiap yang berlaku mesti ada sebabnya!!! Nyawa yang melayang bukan dalam kawalan kita! Kita takde hak untuk mengawal nyawa orang!!”

Yuufa terus teringat kata-kata pembantu setianya. Zena yang merasakan kata-kata Kean agak menjengkelkan lalu memijak kepala Kean. Kean mengerang kesakitan. Zena teruskan memijak berkali-kali sehingga Kean betul-betul pengsan. Sam mencuba untuk menolong tetapi disepak kuat sehingga tercampak ke dinding. Oggy pula menggenggam tangan Zena dengan cakarnya tetapi Zena menghempasnya dengan kuat diatas lantai. Yuufa melihat sekeliling. Kean, Sam dan Oggy, hanya terkulai layu. Tidak berdaya untuk lawan semula. Zena masih terus menerus menyerang.

Yuufa pada masa tu tidak mampu berfikir apa-apa cara lagi untuk menyelamatkan mereka. Dia hanya mahu membetulkan keadaan. Fikiran dia berkecamuk. Fizikalnya mula berubah menjadi seperti dewasa. Matanya tertutup rapat menahan kesakitan. Setelah dibuka, mata putihnya bertukar hitam pekat. Mata hitam menjadi tajam seperti binatang buas dan berwarna kekuningan. Kepalanya mula tumbuh tanduk. Palang yang mengunci dirinya perlahan-lahan hilang kekuatan setelah Yuufa memaksa tangannya keluar. Giginya mula menajam seperti gigi pemakan daging. Ekor seperti Demon tumbuh dibelakangnya. Kuku mula berubah seperti cakar binatang buas.

Zena masih lagi berseronok memukul ahli Peace yang terkulai dan tidak menyedari yang Yuufa sedang menghampirinya. Apabila bayang Yuufa mula menutupi bayangnya, dia hanya sempat sekilas memandang Yuufa sebelum satu libasan yang agak kuat hampir mematahkan rahangnya hinggap di muka Zena. Beberapa batang gigi meninggalkan gusinya sebelum dia melayang kearah dinding batu dan beberapa cerucuk besi disepanjang laluannya. Zena mendarat dengan kuat di lantai sambil meninggalkan kesan bergeser yang menghancurkan lantai. Zena seperti lumpuh dan hanya mampu melihat susuk tubuh yang hampir dia tidak kenali memandangnya dengan padangan yang cukup tajam dan menyeramkan. Tidak cukup dengan libasan itu Yuufa mengangkat Zena dan mula menyepaknya keatas.

Kaum Nawaih bergegas ketempat dimana kubu Black Oracle berada untuk membantu tetapi dikejutkan dengan letupan diatas bumbung dan terlihat satu susuk tubuh keluar melaluinya. “Zena!!” Jeje menjerit. Yang lain mula menyedarinya. Dan satu lagi susuk tubuh keluar dari letupan itu dan melambung lebih tinggi dari Zena. “Y-Yu-Yuufa?” tergagap-gagap Didi menyatakannya seperti tidak percaya apa yang dilihatnya.

Yuufa menghayungkan kakinya keatas dan menyepak Zena kebawah. Zena menembusi bumbung, lantai, lantai, batang besi, batang paip, lantai, dan akhir sekali di bilik bawah tanah yang mengurungkan Yuufa. Yuufa mendarat disebelah Zena yang terkulai dan memegang lehernya. Yuufa mengangkat Zena dan menjerut lehernya dengan kuat. “Kau nak rasa tak macam mana kau sedut orang lain?” Yuufa menyedut jiwa Riana dengan rakus sehingga rupa tua Zena jelas kelihatan. Zena dilepas begitu sahaja dan Yuufa mula merasa sakit lalu hampir kesemua jiwa yang disedut oleh Zena keluar daripada badan Yuufa dan kembali ke tuan asalnya. Semua Kaum Nawaih kembali normal dan bersorak gembira.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak