Wiki Peace
Advertisement
Muka depan Bab 3
Bab 3
Tajuk

Penculikan

Tajuk Inggeris

Kidnapped

Informasi
Arka

Arka Black Oracle

Tarikh Keluaran

12 November 2014

Navigasi
Sebelumnya
Bab 2
Seterusnya
Bab 4
Bab
Imej Bab 3

Penculikan adalah bab ke-3 dalam siri komik Peace oleh SNN95.

Selepas tiga hari Sky membuat perisikan, dia menjumpai lubuk Zena dan Black Oracle. Kean, Sam dan Oggy pergi melakukan misi menyelamatkan Yuufa. Tiga hari sebelum, Yuufa mula sedar akan dirinya diculik oleh Zena. Zena menyerap kuasanya dan mahu menguasai Linker.

Ringkasan[]

Oggy masih tertekan

Oggy yang masih tertekan selepas penculikan Yuufa.

Selepas 3 hari penculikan Yuufa, Riesa mengetuk pintu Oggy untuk menyeruhnya keluar kerana sudah lama terperuk. Frida mencelah supaya Riesa tidak mngacau Oggy. Riesa bimbang dan Frida mengetahui perasaan Riesa tetapi dia menyarankan dibiarkan Oggy bersendirian setelah apa yang terjadi mungkin telah mengingatkan Oggy terhadap sejarah hitamnya. Oggy yang sedang duduk menringkut di sudut bilik yang sudah dipenuhi dengan contengan kebenciannya terhadap Balck Oracle. Dia sedang teresak-esak menahan tangisan dan bernekad mahu menumpaskan BlackOracle dan Zena.

Dada rata

Dada rata :/

Di dewan persatuan Peace; Kean, Sam, Frida dan Zai sedang menunggu seseorang dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi Sam dan Kean. Zain menyatakan persatuan itu agak membosankan apabila Yuufa dan Oggy tiada. Frida terus mencelah dengan menyatakan jika tiada dia, tiadalah mee goreng untuk Zai. Zai mencebik mulut dan menyindir yang Frida tidak layak menjadi perempuan kerana saiz dadanya yang kecil. Frida terus menyumbat mee goreng ke dalam mulut Zai sambil dan bertanya kepada Zai adakah perempuan yang lain layan Zai begini. Sementara itu Zai menyatakan yang dia hanya bergurau. Tiba-tiba, Sam berteriakan dimana Sky. Frida menuruh dia bertenang tetapi Sam sudah hilang sabar kerana sudah melebihi tiga hari dalam perisikan terhadap Black Oracle. Min menyokong Frida.

Tiba-tiba Kean merasakan sesuatu. Dia bingkas bangun dan memberitahu yang Sky akan tiba tidak lama lagi dan menyuruh semua orang pergi ke tempat selamat dengan tenang. Tetapi mereka semua beredar dalam keadaan huru-hara tanpa menghiraukan arahan Kean. Satu lohong hitam muncul lalu menolak semua yang ada dilaluannya dan muncullah Sky. Min mahu perkembangan perisikannya tetapi sebelum itu dia mahu tahu siapa yang akan pergi. Kean, Sam dan frida menawarkan diri. Zai menyindir lagi Frida dengan gelaran dada rata lalu Frida menanam Zaim sambil Zai lagi sekali menyatakan dia hanya bergurau. Tiba-tiba, Oggy masuk dan menawarkan diri untuk misi itu menggantikan Frida. Riesa datang terus memeluk Oggy. Setelah mengetahui siapa yang akan pergi, Sky memulakan penerangan dan selepas itu dia berlalu pergi selepas Oggy berterima kasih. Pasukan Menyelamat Yuufa memulakan misi.

Kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh salah seorang ahli Black Oracle yang bertopeng kerana dia tidak membayar duit perlindungan. Sebaik sahaja, budak itu dihalang, Oggy datang dengan rupa asalnya. Dia memarahi ahli Black Oracle itu. Sam dan Kean menyusul dan angin Oggy agak kurang baik. Dia mula menumbuk orang itu sehingga topeng orang itu kemik. Oggy berhenti menumbuk dan menyuruh pulangkan Yuufa. Adegan terus beralih kepada ajakan minum teh oleh Didi dan Jeje sebagai tanda terima kasih kerana menolong tadi. Didi terlihat Oggy muram lalu mendekatinya dan Didi membahasakan dirinya mak cik. Kean yang musykil mahu mengetahui umur sebenar Didi. Didi dengan selamba menjawab 30 tahun dan agak mengejutkan Kean dan Sam. Didi pun menunjukkan gambar asalnya kepada semua.

Pertemuan dua mata

Pertemuan diantara Zena dan Yuufa

Adegan beralih kepada tiga hari sebelum, Yuufa yang baru sedar daripada penculikan dan mendapati dirinya digari di dinding. Di kemudiannya disapa oleh Zena. Zena meminta dia berbuat sesuatu sambil menyentuh leher Yuufa dan meninggalkan simbol. Zena menyatakan yang dia mahu "meminjam" kuasa Yuufa. Yuufa terasa sesuatu perasaan yang melemahkannya. Zena memberiahu yang dia sengaja berbuat demikian supaya senang dia menyerap kuasa Yuufa. Zena terus melakukan upacara itu tanpa menghiraukan jeritan Yuufa. Sambil itu, Yuufa menyatakan Zena takkan terlepas. Tetapi dengan tenang Zena mengatakan yang dia telah mencemarkan lagi nama kaum Delva dan menggunakan kesempatan ini dengan menyebabkan trauma kepada kaum Nawaih. Oleh itu, selepas dia menyerap kuasa Yuufa, dia mahu menguasai Linker.

Susunan Watak Mengikut Kemunculan[]

Magik, Mantera dan Kelebihan yang digunakan[]

Magik[]

Mentera[]

Kelebihan[]

  • Perisikan

Alatan[]

Navigasi[]

Tiada Arka Black Oracle Tiada
Tiada Bab-bab Tiada
1 | 2 | 3 | 4
Advertisement