Wiki Peace
Advertisement
Kean Vicster
Kean
Statistik
Nama: Kean Vicster
Kemunculan Pertama: Bab 1
Penggabungan: Peace
Pekerjaan: Ahli Sihir
Jantina: Lelaki
Nama Panggilan: Budak Selendang
pralihat  bincang  sunting

Kean Vicster ialah salah satu pengguna Tirips, ahli kepada Persatuan Peace dan Pasukan Kean. Dia juga merupakan salah satu watak utama dalam komik Peace.

Penampilan[]

Perwatakan Kean sangat bersahaja. Hanya memakai baju sarung yang nipis berwarna hitam berjalur merah. Di lehernya terdapat sehelai selendang putih yang tidak bercorak. Rambutnya yang agak serabai diseka dengan sehelai mafla merah yang diikat pada dahinya. Dia juga memakai seluar slack labuh hitam bersama tali pinggang biru di pinggangnya.

Perwatakan[]

Yuufa Henry pernah mengatakan Kean sangat terkenal.[1] Dia agak pendedam dalam diam, lebih-lebih lagi apa yang berlaku pada ahli persatuannya.[2] Jika dia mengajak seseorang mengikutnya kerana sesuatu yang serius, dia akan senyap dan hanya bercakap apabila sampai dikawasan itu.[3] Dia suka mengumpul buku dan masih mencari yang baru untuk memenuhkan Perpustakaan Magiknya.[4] Dia juga mempunyai keyakinan yang tinggi dalam setiap misi.[5]

Rumusan[]

Arka Black Oracle[]

Dia dikejutkan dengan kehadiran Yuufa Henry secara tiba-tiba. Dia terus berbual dengan Yuufa setelah perkenalan pendek Yuufa. Hal ini menyebabkan kecemburuaan dan disalah faham oleh Oggy Foxy dan Sam Panaver.[6] Hari kemudiannya, Kean memesan sesuatu dari Yuufa tetapi dipotong oleh Oggy yang menampilkan gaya seksinya. Kean berada di rumah Riana untuk menghantar Sam yang balik dengan keadaan cedera parah. Setelah Kean dan yang lain dihalu oleh Riana, Kean diberikan sekeping nota yang tertera pesanan "Berikan Yuufa!" yang tertanam pada luka Sam. Riana berpesan supaya berhati-hati kerana takut melibatkan semua ahli. Kean hanya mengiyakan dan merenyukkan nota tadi. Dia mendapat tahu yang dalang disebalik kejadian ini dalah angkara Zena. Sebaik sahaja dia mahu memutuskan yang dia dan yang lain mahu mencari klu lagi terhadap penglibatan Sam dalam situasi ini, Sam muncul didepan mereka. Kean terus mahu mengetahui apa sebab Black Oracle menyerang. Yuufa adalah sasaran mereka sama seperti nota yang dia dapat tadi. Kean terus mengajak Yuufa ke Perpustakaan Magik sebaik sahaja Oggy meninggalkan persatuan. Dia senyap disepanjang perjalanan dan sebaik sahaja sampai dia terus mengarahkan Yuufa memandang atas untuk melihat destinasi mereka. Yuufa terus memuji kebersihan perpustakaan itu dan Kean menjawab semua buku itu adalah koleksinya dan mahu mengumpul lagi. Dia mengambil kotak di rak dan membuka untuk melihat barang peninggalan Henry; sebuah buku nota tebal dan sekalung rantai, untuk Yuufa. Dia tidak tahu apa guna barang itu dan hanya memberikan kepada Yuufa. Setelah Yuufa memakai rantai dan membelek helaian nota itu, buku nota itu hanyalah terkandung muka surat kosong sebelum Yuufa diculik.[2]

Kean dan yang lain menunggu Sky akan berita penculikan Yuufa. Setelah beberapa lama, dia merasakan kehadiran Sky dan mengarahkan ahli lain beredar dengan tenang, tetapi tidak diikuti. Setelah Sky sampai, dia menawarkan diri untuk misi menyelamatkan Yuufa selepas ditanya oleh Sky. Dia mendapat maklumat tambahan berkenaan keadaan kawasan tahanan itu. Oggy yang kelihatan suka akan maklumat dimana terletaknya pusat tahanan menakutkan Kean dan Sam. Dia dan Sam berbuat tidak tahu akan perubahan drastik yang berlaku pada Oggy yang berlagak comel. Dia terus bersiap dan yakin yang dia akan menyelesaikan misi dengan cepat setelah dinasihatkan oleh Min Shieldheart. Dalam perjalanan, Oggy agak cepat menyebabkan Kean dan Sam termengah-mengah mengejar sebelum dimarahi oleh Oggy kerana kelewatan mereka. Kean amat bersimpati dengan masalah Oggy yang agak tertekan dengan penculikan Yuufa. Kean dan yang lain dipelawa minum setelah menyelamatkan Jeje dari ahli Black Oracle. Didi yang membahasakan dirinya "mak cik" agak mengelirukan Kean kerana badan Didi yang kecil. Kean amat terkejut setelah mengetahui umur Didi dalam lingkungan 30 tahun dan Didi menunjukkan gambar semasa dia masih belum disumpah oleh Zena.[2]

Travia[]

  1. Konsep Kean pada asalnya dia menggunakan mop sebagai senjatanya tetapi ditukarkan kepada selendang yang dililit pada lehernya selepas rombakan skrip cerita.
  2. Warna asal bajunya adalah warna hitam tetapi selepas rombakan skrip ditukarkan kepada merah.
  3. Bentuk logo di lengan kirinya berbentuk pentagon yang biasa tanpa corak di dalamnya tetapi setelah dilukiskan banyak kali, setiap logo pada setiap bab komik ditukarkan kepada logo pentagon yang bercorak didalamnya.

Rujukan[]

  1. Komik Peace: Bab 1, halaman 19
  2. 2.0 2.1 2.2 Komik Peace: Bab
  3. Komik Peace: Bab 2, halaman 16
  4. Komik Peace: Bab 2, halaman 18
  5. Komik Peace: Bab 3, halaman 10
  6. Komik Peace: Bab 1

Navigasi[]

Advertisement