Wiki Peace
Advertisement
Muka depan Bab 2
Bab 2
Tajuk

Delva

Tajuk Inggeris

Delva

Informasi
Arka

Arka Black Oracle

Tarikh Keluaran

2 Jun 2014

Tarikh Keluaran Kreko

#31 (1 November 2014)
#32 (11 November 2014)

Navigasi
Sebelumnya
Bab 1
Seterusnya
Bab 3
Bab
Imej Bab 2

Delva adalah bab ke-2 dari Peace oleh SNN95.

Sam telah dibelasah teruk oleh ahli Black Oracle. Sam dibelasah kerana tidak memberikan Yuufa kepada mereka. Oleh kerana ugutan ini akan melibatkan kesemua ahli persatuan Peace.Setelah mendapat tahu ini adalah kerja Zena, Oggy terus menghilangkan diri. Kean yang faham akan perasaan Oggyterus membawa Yuufa ke Perpustakaan Peace untuk memberikan barang yang ditinggalkan Henry kepada Yuufa. Setelah itu berita penculikan diketahui oleh Min melalui Oggy ketika Min selesai bermensyuarat.

Ringkasan[]

Ahli Black Oracle

Ahli Black Oracle muncul!

Sam sedang bersiar di Bandar Syimal untuk menghilangkan kebosanannya. Tiba-tiba dia disapa oleh Ahli Sihir Black Oracle yang mahukan Yuufa. Sam terkejut lalu menggunakan Armsnya. Orang lelaki itu memuji keberanian Sam menentang mereka secara perseorangan tetapi sebeum sempat Sam menyerang, Sam terlebih dahulu diserang oleh perempuan itu.

Sam dibelasah teruk

Sam dibelasah teruk

Kembali ke Peace, Yuufa dan Oggy melayan tetamu dan ahli yang lain. Oggy yang masih menganggap Yuufa sebagai musuh cintanya lagi. Yuufa pula masih tidak tahu apa sebab sebenar Oggy berkelakuan sebegitu. Tiba-tiba pintu terbuka perlahan-lahan dan Frida terlihat kelibat abangnya masuk. Tetapi kecederaan yang dialami Sam amat mengejutkan adiknya. Frida akhirnya menjerit setelah terlihat abangnya rebah dengan lumuran darahnya.

Sam dibawa ke rumah Riana untuk dirawat. Riana menyatakan Sam stabil. Tetapi Riana tidak menyukai ramai penziarah lalu menghalau mereka semua. Riana memanggil semula Kean dan memberikan nota ugutandari Black Oracle untuk menyerahkan Yuufa kepada mereka. Riana menasihati supaya Kean dan lain-lain berhati-hati kerana ugutan itu melibatkan seluruh ahli Peace. Kean mengakuinya.

Oggy bertukar menjadi budak

Oggy bertukar menjadi budak kecil.

Riesa Chorster sedang mencari data-data yang berkaitan dengan Black Oracle tetapi hanya menemui khabar angin yang mengatakan Zena punca semua ini berlaku. Yuufa menyatakan bahawa Zena ialah seorang yang suka mengambil jiwa orang lain untuk mengekalkan kehidupan abadinya. Oggy tidak menafikan cuma dia memperbetulkan fakta Yuufa dengan mengecilkan badannya sehingga kelihatan seperti budak sekolah rendah. Oggy menyatakan Zena yang membuat dia jadi begini. Yuufa yang tidak tahan dengan kecomelan Oggy menyebabkan hidungnya berdarah. Oggy kebimbangan tetapi Yuufa cepat-cepat membetulkan keadaan. Yuufa bertanya lagi tentang kisah Oggy dan Oggy menyatakan bukan dia seorang sahaja yang kena, seluruh kaumnya juga dizalimi. Kean yang barupulang terus bertanya jika mereka mempunyai maklumat baru. Perkataan "Zena" yang keluar dari mulut Yuufa menyebabkan darah Kean berderau. Yuufa yang mahu cari punca sebenar masalah ini terbantut kerana Sam masih cedera. Tetapi Sam terus bersuara dan menyebabkan yang lain terkejut dengan peyembuhan Sam yang sangat cepat. Perubatan Riana yang ekstrem mempercepatkan penyembuhannya. Kean terus bertanya sebab dan Sam menjawab ahli Black Oracle mahukan Yuufa. Oggy yang terus cuba menyedapkan hatinya dan meminta Yuufa menyambung kerjanya. Dia meminta izin kepada Min untuk pulang awal dari berkeja. Yuufa berasa bimbang akan perubahan emosi Oggy. Selepas itu Kean mengajak Yuufa ke sesuatu tempat.

Perpustakaan Peace

Perpustakaan Peace

Sepanjang perjalanan ke perpustakaan, Yuufa cuba mendapatkan sebab sebenar Kean membawanya kesana. kean hanya mengendahkan soalan dan teruskan perjalanan. yuufa tidak menyukai sikap Kean yang sebegini. Tiba-tiba Kean berhenti menyebabkan Yuufa berlanngar dibelakan Kean. Dia amat marah tetapi Kean mengatakan yang kini mereka teah sampai. Yuufa terkesima dengan keindahan dan saiz bangunan perpustakaan itu. Mereka masuk dan Yuufa kagum dengan koleksi dan kebersihan yang ditunjukkan oleh Kean. Kean berterima kasih dan menyatakan yang dia mahu mencari lagi koleksi baru keranasemua koleksi disitu sudah habis dibaca. Kean mengeluarkan kotak dicelah rak lalu Yuufa menjadi ingin tahu apa isi dalam kotak itu. Sebaik sahaja Kean membukanya, terlihat satu buku Nota Henry yang agak tebal dan seutas rantai. Kean memberitahu bahawa dia tiada apa-apa maklumat mengenai buku nota dan rantai itu semasa Henry menyimpannya disini. Yuufa terus memakai dan bersungguh-sungguh mahu mengetahui rahsia yang ayahnya tinggalkan. Tetapi buku nota itu kosong tanpa sebarang tulisan.

Rahsia Delva

Min sedang menceritakan rahsia Delva kepada Jenna

Min pula baru sahaja selesai bermensyuarat di Pejabat Majlis Persatuan. Ketika dia sedang menikmati kek dan manisan, Jenna menyapanya. Mereka mula berbual kosong sehinggalah Jenna memulakan perbicaraan yang serius berkaitan pengambilan Yuufa dalam persatuan Peace. Min mengatakan yang dia mengambil Yuufa atas sebab janji lamanya dengan Henry. Jenna terkejut yang Henry mempunyai anak. Min mula menceritakan rahsia Henry kepada Jenna berkenaan Delva. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dan Oggy berada ditalian. Min menjawab lembut tetapi terus meninggikan suaranya kerana terkejut akan penculikan Yuufa.

Susunan Watak Mengikut Kemunculan[]

Perlawanan & Peristiwa[]

  • Sam lwn. Black Oracle (bermula dan berakhir)

Magik, Mentera dan Kelebihan yang digunakan[]

Magik[]

  • Arms
  • Transformasi

Mentera[]

  • Tiada

Kelebihan[]

  • Penyembuhan Cepat

Alatan[]

  • Lembing
  • Nota Henry
  • Rantai Hubungan
  • Telefon bimbit

Trivia[]

  • Muka depan Bab 2 adalah muka depan untuk Bab 4 sebelum rombakan skrip.
  • Bermula dari muka surat 20 hingga 24 adalah manuskrip yang telah lama ditinggalkan sejak tahun 2012 dan digunakan semula dalam rombakan semula skrip.

Navigasi[]

Tiada Arka Black Oracle Tiada
Tiada Bab-bab Tiada
1 | 2 | 3 | 4
Advertisement