Wiki Peace
Advertisement
Sky
Sky
Statistik
Nama: Sky
Kemunculan Pertama: Bab 3
Penggabungan: Peace
Pekerjaan: Ahli Sihir
Jantina: Lelaki
pralihat  bincang  sunting

Sky ialah ahli kepada Persatuan Peace. Dia jarang muncul dalam di persatuan tetapi kuasanya digeruni oleh ahli-ahli Peace.[1]

Personaliti[]

Pemakaiannya biasa tetapi mata kirinya tidak ditutupi dengan topeng. Tanda persatuaanya berada di bahagian lengan kanan.

Perwatakan[]

Dia seorang watak yang bersahaja. Dia akan melakukan apa sahaja jika disuruh oleh Min. Dia bijak dalam menyusun strategi dan pandai dalam teknik mengumpulkan maklumat.

Sinopsis[]

Arka Black Oracle[]

Sky terus ke persatuan melalui portal setelah mendapatkan maklumat yang dikehendaki mereka berkenaan penculikan Yuufa Henry selepas tiga hari. Dia menyampaikan maklumat itu bersama perincian yang dimuat naik ke dalam telefon Kean Vicster, Sam, dan Oggy Foxy. Dia juga menasihati supaya tidak melakukan perbuatan yang terburu-buru ketika menyelamatkan Yuufa. Setelah selesai menyampaikan maklumat, dia beredar bersama tugas baru yang dipilihnya. Dia terus hilang melalui portal sebaik sahaja Oggy berterima kasih keatas maklumat yang diberinya.[2]

Magik, Mentera, Kelebihan dan Alatan[]

Magik & Mentera[]

  • Portal

Kelebihan[]

  • Mengumpul maklumat

Rujukan[]

  1. Komik Peace: Bab 3, halaman 4-6
  2. Komik Peace: Bab 3, halaman 6-9

Navigasi[]

Advertisement