FANDOM


Min Shieldheart
Min.png
Statistik
Nama: Min Shieldheart
Kemunculan Pertama: Bab 1
Penggabungan: Peace
Pekerjaan: Ahli Sihir
Jantina: Lelaki
Nama Panggilan: Pak Cik Min
pralihat  bincang  sunting

Min Shieldheart merupakan seorang Mahaguru Persatuan Peace. Dia adalah watak sampingan dalam siri komik Peace.

PersonalitiSunting

Dia tidaklah tinggi mana. Rupa paras agak sudah berumur. Pemakaiannya agak selekeh jika di persatuan tetapi berpakaian kemas jika ke mensyuarat antara persatuan.[1][2] Rambutnya agak jarang dan pendek serta beruban. Misai putih dan kening putih agak tebal menghiasi mukanya.

PerwatakanSunting

Dia sangat bersahaja dan membenarkan apa sahaja yang diminta oleh ahli persatuan.[3] Dia sangat menepati janji dan menjadi risau jika janjinya tidak ditepati.[1][4]

SejarahSunting

Dia sangat mengenali Henry dan berjanji untuk mengambil anak Henry, Yuufa jika ada apa-apa yang berlaku. Sejarah berkaitan Delva diketahuinya dari Henry tetapi hanya sedikit.

RumusanSunting

Arka Black OracleSunting

Min dikejutkan dengan kemasukan Yuufa Henry dan agak semborono. Setelah beberapa lama bercakap, Min terus memasukkan Yuufa dalam persatuan atas sebab tertentu.[5] Dia ke mensyurat antara perstuan yang diadakan di Persatuan Majlis Magik. Dia ditegur oleh Jenna. Selepas pengenalan pendek, Jenna mula membincangkan tentang pengambilan Yuufa masuk ke persatuan Peace. Min menerangkan yang dia berjanji dengan Henry dan agak mengejutkan Jenna kerana tidak tahu Henry ada anak perempuan. Min mula berkongsi rahsia yang Henry adalah dari kaum Delva selepas memberitahu semua kaum Delva dibunuh beramai-ramai. Henry juga menerangkan kuasa kaum delva boleh menyebabkan si penyerap kuasa mendapat kuasa abadi. Dia dikejutkan oleh panggilan telefon oleh Oggy Foxy setelah menerangkan sebab kepada Jenna. Dia menjawab panggilan dan terkejut Yuufa diculik.[1] Tiga hari selepas itu, dia muncul dalam meleraikan pergaduhan Sam Panaver dan Frida Panaver berkenaan kelewatan Sky memberikan maklumat tentang lokasi penculikan Yuufa.[6] Setelah Sky sampai dia ingin tahu hasil perisikan yang dibuat. Selepas Sky memberikan penerangan, Sky meminta izin untuk melakukan misi baru kepada Min. Min membenarkan dan menyuruh dia berhati-hati sebelum lenyap dari pandangan. Dia kemudiannya menasihatkan Pasukan Menyelamat Yuufa supaya cepat menyelesaikan misi sebelum kuasa Yuufa jatuh ke tangan Zena.[7]

Hubungan dengan Watak lainSunting

HenrySunting

Merupakan kawan lama dan berjanji akan mengambil Yuufa Henry sebagai ahli persatuannya jika Henry menghadapi kesukaran.[1]

RujukanSunting

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 Komik Peace: Bab 20-24
  2. Komik Peace: Bab 1, halaman 13
  3. Komik Peace: Bab 3, halaman 9
  4. Komik Peace: Bab 3, halaman 10
  5. Komik Peace: Bab 1, halaman 13-15
  6. Komik Peace: Bab 3, halaman 4
  7. Komik Peace: Bab 3, halaman 7-10

Navigasi Sunting

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak