FANDOM


Oggy Foxy
Oggy.png
Statistik
Nama: Oggy Foxy
Kemunculan Pertama: Bab 1
Penggabungan: Peace green.png Peace
Pekerjaan: Ahli Sihir
Jantina: Perempuan
Umur: 18
pralihat  bincang  sunting

Oggy Foxy ialah salah satu kaum Nawaih dan ahli kepada Persatuan Peace.

Personaliti Sunting

Dia berambut jingga yang panjang sehingga ke paras pinggulnya. Dia juga suka melepaskan rambut atau diikat seperti ekor kedua-dua bahagian tepi kepalanya.[1] Bentuk badannya sangat cantik dan dia pernah dijadikan cover girl; dan model iklan dan produk.[2] Tetapi setelah disumpah oleh Zena Bentuk badannya menjadi budak jika dia tidak menggunakan kuasanya.[3]

Perwatakan Sunting

Oggy sangat peramah dengan sesiapa sahaja.[2] Tetapi jika seseorang itu mendekati lelaki yang disukainya, dia akan cuba menghalang setiap tindakan seseorang itu.[4] Dia juga ada perasaan fobia terhadap sejarah silamnya. Dia akan mula menjauhkan diri daripada orang ramai.[5]

Sejarah Sunting

Oggy merupakan salah seorang dari kaum Nawaih. Dia pernah dizalimi oleh Zena sebelum itu menyebabkan badannya menjadi seperti budak jika dia tidak menggunakan kuasanya.[6]

Sinopsis Sunting

Arka Black Oracle Sunting

Oggy dikejutkan dengan kemasukan semberono Yuufa ke dalam persatuan. Oggy kemudiannya melihat perbualan dan dikejutkan dengan fakta yang Yuufa ialah dari kaum Delva. Dia mendekati Yuufa untuk mengucapkan selamat datang. Yuufa yang minat akan model Ahli Magik terus mengenali Oggy. oggy terharu kerana dia sudah mengenalinya, hampir kesemua sejarah permodelan Oggy diceritakannya. Yuufa juga agak cemburu dengan pencapaian Oggy. Tidak lama kemudian, Yuufa mula mendekati dan berbual panjang dengan Kean. Kean adalah buah hati idaman Oggy. Oggy mula berasa cemburu terhadap keakraban mereka dan cuba untuk merampas kembali.[7]

Semasa Kean memanggil Yuufa untuk mengambil pesanan, dia cepat-cepat memintas Yuufa untuk mengambil pesanan Kean. Oggy merasakan dia menang dalam "perlawanan" itu. Tiba-tiba Sam pulang dengan kecederaan yang agak serius. Dari situ dia mendapat tahu itu adalah buatan Zena. Dia membongkarkan segala berkenaannya; dia disumpah oleh Zena lalu menjadi budak kecil tidak mengggunakan kuasanya. Dia sempat bergurau tentang pernyataan Sam dimana Yuufa adalah target asal Sam diserang untuk memberi amaran supaya Yuufa diberikan kepada Black Oracle. Selepas itu dia terus meminta izin untuk pulang.[8]

Hubungan dengan Watak lain Sunting

Dia menganggap Kean sebagai buah hatinya dan cemburu melihat keakraban Yuufa bersama Kean.[9]

Seorang peminat Oggy pada mulanya. Tetapi akibat salah faham diantara keakraban Yuufa dengan Kean, dia menjadi Yuufa sebagai musuh percintaannya.[10] Dia cuba bersaing untuk mendapatkan Kean.[11]

Perlawanan & Peristiwa Sunting

Magik, Mentera, Kelebihan dan Alatan Sunting

Magik & Mentera Sunting

Kelebihan Sunting

  • Berubah rupa bentuk badan

Alatan Sunting

  • Tiada

Rujukan Sunting

  1. Komik Peace: Bab 2, Halaman 13
  2. 2.0 2.1 Komik Peace: Bab 1, Halaman 17
  3. Komik Peace: Bab 2, Halaman 12
  4. Komik Peace: Bab 2, Halaman 6
  5. Komik Peace: Bab 2, Halaman 15
  6. Komik Peace: Bab 2, Halaman 12-13
  7. Komik Peace: Bab 1, Halaman 12-14, 17, 19-20
  8. Komik Peace: Bab 2, Halaman 5-15
  9. Komik Peace: Bab 1, Halaman 20
  10. Komik Peace: Bab 1, Halaman 20
  11. Komik Peace: Bab 2, Halaman 1-2

Navigasi Sunting

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak