FANDOM


Logo Peace Comic
PEACE
Genre Aksi, Pengembaraan, Magik
Karya SNN95
Penolong Haikalschmaikal
Penterjemah Inggeris 13Kitty95
Tarikh keluaran 22 Oktober 2013 - kini

PEACE adalah sebuah komik internet yang dihasilkan oleh SNN95. Komik ini disirikan dalam DeviantART sejak 22 Oktober 2013. Ia mengisahkan seorang perempuan dari kaum Delva bernama Yuufa yang mengembara ke timur untuk mencari persatuan yang inginkan keamanan, Peace. Kawan lamanya, Kean bersama ahli persatuan lain seperti Sam dan Oggy Foxy menerima keahliannya walaupun diragui oleh Rema dan ketua persatuan Min.

PlotSunting

Yuufa Henry baru sahaja sampai di Bandar Syimal bagi mencari Persatuan Peace. Tetapi dia terserempak dengan samseng jalanan. Samseng itu mengugut tetapi sebaliknya dibelasah teruk oleh Yuufa. Yuufa menyambung perjalanan dan sampai di persatuan itu. Cara masuknya yang semberono mendapat perhatian Master Persatuan itu, Min. Hanya menunjukkan simbol Delva pada sarung tangan Yuufa terus diterima kemasukannya kedalam persatuan itu. Mereka terus mengadakan parti bagi meraikan ahli yang keseratus. Sam yang jatuh hati pada kali pertama terhadap Yuufa menyalah anggap keakraban Yuufa dengan Kean. Ogy yang berbaik dengan Yuufa sebelum ini menarik balik keramahannya kerana kecemburuannya terhadap keakraban Yuufa dengan Kean.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak