FANDOM


Riesa Chorster
Riesa
Statistik
Nama: Riesa Chorster
Kemunculan Pertama: Bab 1
Penggabungan: Peace
Pekerjaan: Ahli Sihir
Jantina: Perempuan
pralihat  bincang  sunting

Riesa Chorster ialah salah satu pengguna Arkib, ahli kepada Persatuan Peace. Dia merupakan watak sampingan dalam komik Peace.

PenampilanSunting

Dia memakai skaf rambut dibahagian depan rambut dan meninggalkan lapisan depan rambutnya menutupi dahinya. Dia suka memakai baju yang mempunyai ropol pada bahagian dadanya. Bahagian bawahnya, dia memakai skirt panjang paras lutut.

PerwatakanSunting

Dia sangat peramah. Dia sangat baik melayan pelanggan di bar Persatuan Peace. Dia juga seorang yang risaukan sesuatu. Dia tidak suka melihat orang lain sengsara. Setidak-tidaknya, dia suka berkongsi masalah itu.

RumusanSunting

Arka Black OracleSunting

Sebelum dikejutkan dengan kehadiran Yuufa Henry yang semberono, dia sedang sibuk melayan pelanggannya. Selepas Yuufa diperkenalkan, dia membawa Yuufa untuk didaftarkan dalam data persatuan menggunakan Arkib; yang juga pendaftaran ahli keseratus dalam persatuan Peace.

Selepas Sam Panaver diserang oleh ahli Black Oracle, dia terus mencari maklumat menggunakan Arkibnya. Dia mendapati bahawa Zena adalah punca serangan ini. Dan setelah mendapatkan maklumat tersebut, dia kembali bekerja sebaik sahaja Kean Vicster pulang dari melawat Sam.

Tiga hari selepas Yuufa diculik, dia sangat risau dengan keadaan Oggy Foxy yang tidak mahu keluar bilik kerana menyalahkan dirinya terhadap penculikan Yuufa. Selepas itu, dia ditegur oleh Frida Panaver tetapi dinafikannya. Frida mengatakan Oggy memang sebegitu, tidak perlu dirisaukan. Dia kembali di bar peratuan dan Kean mula mengatakan Sky akan kembali ke persatuan. Semua ahli termasuk Riesa bertempiaran lari kerana takut cara kemasukan Sky. Selepas Sky masuk, dia hanya memerhati pembentukan Pasukan Kean. Sambil tu juga, dia meleraikan pergaduhan diantara Zai Urthadar dengan Frida.

Magik dan KebolehanSunting

Arkib
  • Magik ini digunakan sebagai penyimpanan data. Selain itu juga, Magik ini juga boleh berhubung dengan data-data yang sedia ada di dunia untuk akses yang lebih mudah. Dalam kes ini, semasa mencari info berkenaan Zena.

AlatanSunting

Bebola Pengimbas merupakan sebuah alatan untuk mengibas badan bagi tujuan pendaftaran ahli ke dalam persatuan.

NavigasiSunting

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak