Fandom

Wiki Peace

Yuufa Henry

34laman di
wiki ini
Add New Page
Ulasan0 Share
Yuufa Henry
Yuufa.png
Statistik
Nama: Yuufa Henry
Kemunculan Pertama: Bab 1
Penggabungan: Peace
Pekerjaan: Ahli Sihir
Jantina: Perempuan
Umur: 18
Tarikh Lahir: 8 Oktober X960
Tinggi: 165cm
Berat: 45kg
pralihat  bincang  sunting

Yuufa Henry ialah salah satu pengguna Urabi, ahli kepada Persatuan Peace dan juga salah seorang daripada golongan Delva.[1] Dia juga merupakan salah satu watak utama dalam komik Peace.

Personaliti Sunting

Profil Yuufa.png

Profil Yuufa

Dia berambut hitam ikal mayang sehingga paras pinggangnya. Dia juga suka melepaskan rambut atau diikat seperti ekor kuda dibelakang kepalanya.[2] Yuufa juga diberikan ukuran badannya: dada, 91cm; pinggang, 59cm; dan pinggul, 88cm.[1] Dia suka memakai baju singlet, berjaket lengan panjang dan berseluar jeans. Jika dia dalam mod berlawan, dia akan memakai sarung tangan khas untuk menggunakan kuasanya.

Perwatakan Sunting

Yuufa seorang yang cepat panas baran tetapi tenang dalam menghadapi pelbagai situasi. Dia juga tidak suka menlengahkan masa dalam berlawan.[3] Dia tidak berapa menyukai perangai Kean yang suka mengendahkan soalannya jika diajak ke sesuatu tempat.[4]

Sejarah Sunting

Yuufa merupakan salah seorang dari golongan Delva.[5] Dia pernah terjebak dalam pembunuhan beramai-ramai golonganya semasa dia kecil dan menyebabkan kematian ayahnya, Henry.[6]

Sinopsis Sunting

Arka Black Oracle Sunting

Yuufa diperkenalkan sebaik sahaja dia tiba disebuah bandar yang bernama Bandar Syimal. Sedang dia mengamati bandar itu, salah seorang daripada tiga orang samseng jalanan memanggilnya. Salah seorang daripada yang dianggap ketua, mula meminta duit sebagai cukai jika mahu melalui kawasan mereka. Sebelum sempat mereka menerima duit cukai daripada Yuufa, Salah seorang daripada mereka tercampak akibat dari sepakan Yuufa.

Yuufa perasan bahawa samseng jalanan inilah yang suka menganggu pengembara ketika melawat bandar ini. Sedang mereka asyik berbual mengenainya, Yuufa terus menyerang seorang lagi dengan sepakan ke dagu, meninggalkan hanya ketua sahaja lagi. Ketua itu terus menyerang Yuufa. Setiap serangan Yuufa mengelak tanpa ragu-ragu. Yuufa menyerang semula dengan sepakan tepat ke muaka ketua itu. Ketua itu sempat menahan dan berundur. DIa cuba menyerang semula tetapi Yuufa sempat menghalang dan menghayungkan sepakan ke dada ketua itu. Ketua itu berguling guling. Yuufa menyuruh dia menyerah diri tetapi tidak diendahkan. Lalu Yuufa menggunakan kuasa Urabinya iaitu Hujan Meteor untuk menamatkan perlawanan ini.

Sebaik sahaja lelaki itu kalah, Yuufa meneruskan perjalanannya untuk ke Persatuan Peace. Cara kemasukannya yang semberono telah menarik perhatian ketua persatuan, Min Sheildheart. Yuufa menunjukkan sarung tangannya yang bersimbol Delva kepada min lalu mereka berbual panjang. Min terus mengumumkan penerimaan Yuufa ke dalam persatuan. Setelah yuufa memperkenalkan dirinya kepada ahli-ahli yang lain, mereka semua terkejut kerana dia dari golongan Delva. Eillynn khuatir dengan keputusan kemasukan yuufa tetapi Min menafikannya dan menganggap janjinya dahulu sudah ditunaikan.

Riesa mendaftarkan Yuufa kedalam data Fairy Tail menggunakan Arkib. Dengan perletakan logo di bahagian dadanya, Yuufa secara rasmi menjadi ahli ke seratus Peace dan parti kecil diadakan untuk meraikan kemasukannya. Setelah di daftarkan, dia disapa oleh Oggy. Yuufa agak terkejut kerana idola yang dia sanjungi berada didepan mata. Dia sangat memuji semua pencapaian Oggy.

Sam bersama yang lain untuk berkenalan dengan Yuufa dan mula angau terhadap Yuufa. Frida perasan akan abangnyadan mula membuat andaian. Kecantikan Yuufa mencuri perhatiannya. Yuufa memandang ke belakang dan Sam mula menganggap Yuufa memandang kearahnya. Sebaik sahaja Yuufa berjalan medekati dan bertanya khabar, Sam mejadi tidak keruan. Tetapi soalan yang ditanyakan oleh Yuufa agak tidak mengenai dengan perhubungan mereka. Soalan itu sebenarnya ditujukan kepada Kean. Sam mula rasa cemburu terhadap hubungan Yuufa dengan Kean. Begitu juga Oggy yang suka akan Kean.[7]

Keesokannya, Yuufa ditunjukkan dalam gambar oleh Ahli Sihir Black Oracle untuk bertanya kepada Sam. Sam dibelasah teruk selepas itu kerana tidak mahu bekerjasama.

Kembali ke persatuan, Yuufa sedang melayan tetamu dan Ahli Sihir di situ. Kean mahu memesan sesuatu dari Yuufa tetapi Oggy cepat-cepat mengambil alih untuk mengambil pesanan Kean. Oggy mentertwakan Yuufa kerana tidak dapat mengambil pesanan Kean tetapi sebaliknya Yuufa tidak mengetahui langsung niat Oggy itu.

Yuufa mengikuti bersama dengan Zam, Kean dan Oggy untuk mengetahui status Sam selepas diserang oleh Black Oracle. Oleh kerana Riana tidak menyukai ramai orang di kawasannya, mereka dihalau keluar.

Setelah itu, Yuufa kembali ke persatuan dan mendapati Zena adalah punca dari khabar angin yang didapati dalam Arkib Riesa. Yuufa menyatakan Zena ialah manusia yang hidup abadi kerana dia suka mengambil jiwa orang dan menyebabkan kematian. Oggy mencelah dam membetulkan fakta Yuufa dengan mengecilkan badannya menjadi budak. Oggy memberitahu bahawa Zena telah melakukannya sebegitu. Hidung Yuufa menyembur darah disebabkan tidak tahan dengan kecomelan Oggy ketika menjadi budak, juga menyebabkan kebimbangan kepada Oggy. Yuufa cepat-cepat menahan darah di hidungnya dan mngulangi pernyataan Oggy tadi. Oggy juga menambah dimana kesemua kaumnya juga jadi begini. Kean mula bertanya akan maklumat baru yang didapati sebaik sahaja Kean pulang ke persatuan. Yuufa menjawab Zena ialah puncanya. Kean amat marah dengan Zena dan Yuufa mencelah untuk mengetahui punca kenapa serang Sam. Kean mengatakan yang mereka perlu tunggu untuk Sam sembuh atau mereka pergi siasat sendiri. Sam terus muncul setelah dirawat oleh Riana dan menyatakan yang Black orace mahukan Yuufa. Oggy berguarau menyuruh mereka memberikan sahaja Yuufa. Yuufa memarahinya kerana pernyataan itu. Oggy meninggalkan persatuan denga izin ketua dan mengarahkan yuufa untuk menyambung semula kerjanya. Yuufa terasa bersalah atas teguran tadi dan Kean mula mengajaknya ke sesuatu tempat.

Mereka menuju ke perpuastakan yang jauh dalam hutan untuk membincangkan sesuatu. Yuufa ingin tahu apa yang akan dibncangkan tetapi Kean membisu disepanjang perjalanan. Yuufa tidak menyukai akan sikap Kean itu. Yuufa terlanggar Kean kerana Kean berhenti di tengah-tengah jalan. Yuufa memarahinya kerana berbuat demikian tetapi Kean mengatakan mereka sudah sampai dan menyuruh Yuufa mendongak. Yuufa terkesima setelah melihat saiz dan kecantikan bangunan itu dan juga menafikan bangunan itu adalah perpustakaan. Mereka masuk dan yuufa mula memuji kebersihan dan bilangan koleksi yang dikumpul Kean. Sambil Yuufa membelek buku, Keanmengeluarkan sebuah kotak yang berisi harta peninggalan ayahnya, Henryiaitu buku nota dan kalung. Kean tidak tahu apa-apa mengenai barang yang ditinggalkan.

Yuufa memakai kalung itu dan membuka buku nota untuk melihat rahsia yang lama terpedam oleh ayahnya. Tetapi alang ia hanya sebuah buku nota yang kosong. Setelah itu, adegan menunjukkan Min sedang menikmati jamuan manis selepas bermensyuarat di Pejabat Majlis Persatuan dan berborak berkenaan kaitan Yuufa, Henry dengan Delva. Min terus memberhentikan perbincangan kerana telefonnya berbunyi. Oggy menelefon dan memberi tahu bahawa Yuufa diculik, dan agak mengejutkan Min.[8]

Adegan beralih terus kepada keadaan kelam yang dialami Yuufa dan mendapati dirinya digari pada dinding. Dia terlihat Zena muncul dalam kegelapan tempat itu. Zena meminta untuk "meminjam kuasa" Yuufa. Dia menyentuh leher Yuufa dan meninggalkan tanda. Sebaik sahaja tanda itu diaktifkan dia mula menyedut kuasa Yuufa. Yuufa merasakan deruan perasaan yang melalaikannya. Zena terus melakukan upacara itu dan menyatakan tiada siapa yang akan tolong setelah Yuufa mengertaknya dalam keadaan lemah. Zena menyatakan yang semua kaum benci akan kaum Delva dan disebabkan itu Zena ambil kesempatan untuk menyerap semua kuasa kaum Nawaih. Dia juga mahu menguasai Linker.[9]

Hubungan dengan Watak lain Sunting

Mereka sudah lama berkenalan tetapi putus hubungan sejak 12 tahun yang lalu. Keakraban mereka ditunjukkan ketika mereka berbual panjang selepas kemasukan Yuufa ke dalam Persatuan Peace. Keakraban yang ditunjukkan mereka disalah anggap sebagai pasangan kekasih; Oggy dan Sam mula bermusuh terhadap kekasih mereka.[10]

Keakraban mereka juga ditujukkan ketika mereka pergi ke Perpustakaan Peace. Walaupun Yuufa tidak menyukai sifat Kean yang suka mengendahkan setiap soalan yang ditanya, tetapi Yuufa memuji sifat pembersih Kean dalam menyelia perpustakaan itu.[11]

Dia sangat meminati Oggy. Oggy merupakan seorang ahli model dalam majalah. Dia juga sangat cemburu dengan pencapaian yang dicapai oleh Oggy.[12] Tetapi dia tidak mengetahui yang Oggy sedang bermusuh dengannya kerana keakrabannya terhadap Kean.[13]

Pokok keluarga Sunting

Henry
 
Isteri
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Avatar Yuufa.png
Yuufa Henry
 

Perlawanan & Peristiwa Sunting

Magik, Mentera, Kelebihan dan Alatan Sunting

Magik & Mentera Sunting

Kelebihan Sunting

  • Penyasar Tepat

Alatan Sunting

Rujukan Sunting

  1. 1.0 1.1 Profil Yuufa
  2. Komik Peace: Muka depan Bab 1
  3. Komik Peace: Bab 1, Halaman 2-11
  4. komik Peace: Bab 2, Halaman 16
  5. Komik Peace: Bab 1, halaman 4
  6. Komik Peace: Bab 2, halaman 22
  7. Komik Peace: Bab 1, halaman 1-20
  8. Komik Peace: Bab 2, halaman 1-24
  9. Komik Peace: Bab 3, halaman 17-22
  10. Komik Peace: Bab 1, Halaman 19-20
  11. Komik Peace: Bab 2, Halaman 16-18
  12. Komik Peace: Bab 1, Halaman 17
  13. Komik Peace: Bab 2, Halaman 6

Navigasi Sunting

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak